Sinopsis
Katerina merupakan sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan
telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas
kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih
sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk
berdepan semula dengan Kasyah.
Ketabahan dan ketenangan Kasyah
masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang
tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai
terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana
Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.
Katerina
memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk
bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati
kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir
membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.
Tidak mungkin dia
menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap
berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya
terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri
meskipun dia menyatakan persetujuannya.
Ketika itu, Hisyam, bekas
kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan
kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah hingga patah
kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk
melaporkan kepada polis.
Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean,
setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan
perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar
untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya
bekerja.
Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang
berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta.
Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut
sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.
Kasyah
cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan
pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah.
Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.
Masa
berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung,
begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada
rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam
dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.
Kate tahu yang Kasyah amat
menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas
Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan
tubuhnya disentuh Hisyam.
Mereka tidur berasingan. Kate ingin
mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya
menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan
abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada.
Iskandar
yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan
keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga
tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu
sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya
.
Suatu hari,
abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya,
Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana
jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.
Dia
kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya.
Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah
sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga
Hisyam menderita sampai mati.
Ketika Kate minta Hisyam pergi
setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai
ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat
kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi
baginya.
Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan
kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam.
Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau
menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.
Sofean
benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran.
Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi
antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap
ayahnya Sofean.
Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya
terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga
mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa
diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk
kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.
No comments:
Post a Comment